Gambaran Keseluruhan Ciri

Dagang dengan lebih bijak. Lebih pantas. Lebih mudah.

Kraken memberi anda keupayaan untuk terus memulakan perdagangan, tidak kira tahap pengalaman anda.
Gambaran Keseluruhan Ciri

Dagang dengan lebih bijak. Lebih pantas. Lebih mudah.

Kraken memberi anda keupayaan untuk terus memulakan perdagangan, tidak kira tahap pengalaman anda.

Maklumat asas

Pendekatan keselamatan yang menyeluruh

Pasukan pakar keselamatan bertaraf dunia kami bekerja tanpa henti untuk menangani setiap vektor serangan supaya pelaburan dan identiti mata wang kripto anda kekal terlindung.

Beli dan jual aset mengikut cara anda

Sama ada anda ingin membina portfolio secara berperingkat dengan pembelian berulang atau mencipta pesanan khusus untuk melaksanakan perdagangan pada harga sasaran secara automatik, platform pertukaran kecairan tinggi kami menawarkan fleksibiliti maksimum dan menyokong strategi perdagangan kegemaran anda dengan mudah.

Yuran serendah 0%

Struktur yuran mesra pelabur kami yang kompetitif memberikan ganjaran lebih apabila anda berdagang dengan lebih kerap.

Sokongan global 24/7 kami sentiasa sedia membantu anda

Hubungi pasukan sokongan berkelayakan tinggi kami melalui sembang langsung pada bila-bila masa bagi mendapatkan bantuan atau mencari perkara yang anda perlukan dengan pantas melalui dokumentasi sokongan kami yang menyeluruh.

Pilihan pembiayaan yang lebih memudahkan anda

Kami berdedikasi memastikan anda dapat membiayai akaun dengan mudah, di mana-mana sahaja anda berada. Kraken menerajui industri dari segi pilihan pembiayaan fiat dan kripto dengan masa pemprosesan yang singkat.

Tingkatkan tahap perdagangan kripto anda

Gunakan margin* untuk berdagang dengan leveraj sehingga 10x

Tingkatkan perdagangan anda dengan tawaran margin Kraken.

*Ketersediaan perkhidmatan perdagangan margin tertakluk pada had dan kriteria kelayakan tertentu.

Dagangkan Niaga Hadapan

Lindungi perdagangan spot anda dengan niaga hadapan mata wang kripto dan maksimumkan pulangan dengan leveraj sehingga 50x.

Perkhidmatan di kaunter yang diperibadikan

Laksanakan perdagangan besar tanpa mengganggu pasaran dengan perkhidmatan diperibadikan daripada Meja Perdagangan Kraken.

Penanda aras harga kripto kini tersedia melalui Indeks

Dapatkan harga tepat dan terkumpul bagi pelbagai mata wang kripto melalui indeks kadar masa nyata dan rujukan kami.

Nikmati layanan premium melalui Perkhidmatan Pengurusan Akaun Kraken

Kami menawarkan lapisan sokongan tambahan secara khusus satu-ke-satu untuk pelanggan lanjutan melalui perkhidmatan Pengurusan Akaun Kraken.