Purata kos dolar merupakan strategi pelaburan yang melibatkan individu membeli jumlah aset yang tetap seperti mata wang kripto pada selang masa yang tetap sepanjang satu tempoh masa.
Prinsip utama dollar-cost averaging (DCA) adalah dengan melakukan pembelian kecil secara konsisten, pelabur mungkin dapat membeli lebih banyak aset jika harga turun dan kurangkan pembelian aset jika harga naik.
Strategi ini membantu kita “memuratakan kos” aset yang diperoleh dari semasa ke semasa.
Strategi ini juga membantu mengurangkan kepentingan "pemasaan pasaran" kerana pelabur dapat mengumpulkan aset dari semasa ke semasa secara konsisten, berbanding mengumpulkan jumlah aset yang besar sekali gus.
Dengan strategi dollar-cost averaging, seorang pelabur boleh membahagikan modal pelaburan mereka kepada peningkatan yang lebih kecil dan membuat beberapa pembelian pada berbilang harga yang berbeza dalam jangka masa yang panjang.
Untuk sesetengah pedagang, tumpuan strategi dollar-cost averaging terhadap pemasaan dalam pasaran mungkin lebih sesuai untuk mereka berbanding dengan meneka pemasaan pasaran dengan pelaburan sekali gus.
Dengan mengikuti strategi DCA yang berdisiplin, pelabur berpeluang untuk membina pegangan kripto mereka secara mantap dari semasa ke semasa dengan pendekatan pelaburan yang lebih pasif.
Sedia untuk melihat cara purata kos dolar berfungsi? Lihat jumlah nilai yang akan anda miliki hari ini sekiranya anda menerapkan strategi purata kos dolar ke dalam mata wang kripto yang berbeza sebelum ini.
Cuba strategi ini dan lihat tahap keberkesanan strategi DCA ini.
Dollar-cost averaging menawarkan kaedah yang mudah untuk pelabur membina portfolio kripto secara tetap.
Kraken membenarkan pelanggan menetapkan pembelian berulang pada ratusan mata wang kripto yang berbeza, agar mereka boleh mengumpulkan wang pada setiap masa tanpa mengira keadaan pasaran.
Mulakan strategi purata kos dolar dengan menetapkan pembelian berulang dengan Kraken hari ini.
Sesetengah orang percaya bahawa menggunakan strategi dollar-cost averaging untuk melabur dalam mata wang kripto boleh membantu untuk:
- Melancarkan ketaktentuan dan meminimumkan impak turun naik harga.
- Mengurangkan emosi daripada proses perdagangan.
- Mengelakkan tugasan mustahil untuk cuba membeli aset pada masa yang “tepat”.
Melancarkan ketaktentuan
Strategi purata kos dolar boleh membantu sesetengah pedagang menavigasi keadaan pasaran kripto yang sukar diramal dengan lebih baik menerusi penyebaran pelaburan dari semasa ke semasa.
Hilangkan emosi dalam pelaburan
Pelaburan beremosi akan berlaku apabila pelabur membuat keputusan berdasarkan turun naik pasaran yang berjangka pendek atau reaksi emosi terhadap berita atau kejadian. Hal ini boleh membawa kepada keputusan membeli atau menjual secara tergesa-gesa yang sering didorong oleh dua emosi umum:
- Takut ketinggalan (FOMO).
- Ketakutan, ketidakpastian dan keraguan (FUD).
Emosi ini kadang-kadang boleh mengaburkan penilaian dan membawa kepada keputusan pelaburan yang teruk.
Dengan menggunakan strategi dollar-cost averaging, pelabur boleh mengetepikan emosi mereka ketika melakukan pelaburan biasa yang telah ditetapkan lebih awal, tanpa mengira turun naik pasaran.
Usah meneka masa pasaran
Pemasaan pasaran melibatkan ramalan masa terbaik untuk membeli dan menjual pelaburan, tetapi pendekatan ini sering dianggap tidak diperlukan dan berisiko. Meramalkan pergerakan pasaran dengan tepat adalah sukar, meskipun anda seorang pakar, disebabkan oleh faktor yang tidak boleh diramalkan seperti peristiwa ekonomi dan sentimen pelabur. Perdagangan kerap juga akan mendatangkan yuran yang lebih tinggi dan mungkin mengurangkan potensi keuntungan dan mengurangkan pulangan keseluruhan.
Walaupun strategi purata kos dolar menawarkan pelbagai manfaat dalam mata wang kripto, strategi ini juga mempunyai kelemahan.
- Pulangan lebih rendah: Sesetengahpenyokong industri menyatakan bahawa penggunaan strategi DCA boleh menghasilkan pulangan yang lebih rendah daripada jangkaan berbanding dengan sistem perdagangan yang lain, khususnya jika kebanyakan pembelian berulang ini dilaksanakan dalam pasaran yang sedang meningkat.
- Fleksibiliti berkurang: Pelabur yang hanya memberikan tumpuan pada pembelian satu mata wang kripto dalam jangka masa panjang berbanding dengan menjalankan perdagangan antara pelbagai aset, mungkin terlepas peluang menjana pulangan yang lebih menguntungkan dan tidak dapat diperoleh melalui strategi DCA.
Anda boleh menggunakan DCA untuk membeli mana-mana 200+ mata wang kripto yang disokong oleh Kraken melalui Pembelian Berulang. Walaupun halaman panduan kripto kami boleh membantu, pastikan anda menyemak pelbagai sumber.
Masa 'terbaik' untuk menggunakan DCA dalam kripto tidak wujud—segala-galanya bergantung pada keutamaan dan matlamat anda. Memandangkan DCA membuang keperluan untuk meneka masa pasaran, anda boleh mengikuti jangka masa yang paling sesuai untuk anda. Walaupun DCA menawarkan cara untuk menavigasi turun naik pasaran, keberkesanan strategi ini amat bergantung pada arah harga kripto.















