Kunci BTC anda

Dapatkan ganjaran pada BTC anda

Tersedia pada

Stake your BTC

Penguncian BTC menggunakan protokol Babylon untuk mengesahkan rangkaian Bukti Pegangan (PoS), menawarkan ganjaran kepada anda sebagai balasan.

Manfaat Penguncian BTC di Kraken

Dapatkan ganjaran atas jangka pegangan anda

Pilih strategi fleksibel atau terikat untuk menggunakan Bitcoin anda dan peroleh sehingga 1% APR – tanpa menukar atau melepaskan jagaan aset anda. BTC anda kekal selamat di blok rantai Bitcoin.

Earn rewards
Penyepaduan lancar

Peruntukkan dan urus BTC anda menerusi platform intuitif Kraken dengan mudah.

Seamless integration
Keselamatan diutamakan

Sebagai salah satu platform pertama yang menyenaraikan Bitcoin, kami mengutamakan keselamatan aset anda dengan keselamatan bertaraf dunia.

Security first

Ganjaran

Ganjaran akan dibayar dalam token natif Babylon, BABY, dengan potensi untuk memperoleh aset tambahan selepas lebih banyak Bitcoin Supercharged Network disepadukan.

Earn BABY

Soalan Lazim

Penguncian BTC, dikuasakan oleh Babylon, membenarkan anda memperoleh ganjaran pada Bitcoin (BTC) anda dengan menyumbang kepada keselamatan kriptoekonomi Bitcoin Supercharged Network pada protokol Babylon.

Syarat kelayakan:

  • Penguncian BTC Babylon hanya tersedia di Amerika Syarikat (tidak termasuk California, Maine, Maryland, New Jersey, New York, Washington, Wisconsin), United Kingdom, Australia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

  • Anda perlu memiliki BTC dalam baki spot atau dikunci anda.

  • Jika Penguncian BTC tidak dapat dipilih dalam akaun anda, anda mungkin tidak memenuhi kelayakan.

Untuk mendayakan Penguncian BTC di Kraken, patuhi arahan, dan sila lihat artikel sokongan kami.

Penguncian BTC menjana ganjaran dalam bentuk BABY (token natif Babylon). Apabila Babylon melancarkan Bitcoin Supercharged Networks tambahan, anda juga boleh menerima aset ganjaran lain. Ganjaran berakru setiap hari dan dibayar secara mingguan. Lihat artikel sokongan kami untuk mengetahui butiran lanjut tentang token dan kadar ganjaran.

Penguncian Terikat BTC
Dengan Penguncian Terikat BTC, Bitcoin anda akan dikunci untuk suatu tempoh masa sebelum boleh dikeluarkan. Tempoh penguncian ini—dikehendaki oleh protokol Babylon—biasanya berlanjutan selama 7 hari.

Semasa tempoh pembatalan penguncian, BTC anda tidak boleh diperdagangkan atau dikeluarkan dan tiada ganjaran yang akan diperolehi. Selepas tempoh penguncian tamat, BTC anda akan dipulangkan ke baki Spot anda secara automatik, yang membolehkannya dikeluarkan atau diperdagangkan semula.

Penguncian Fleksibel BTC & Penguncian Autojana BTC
Dengan Penguncian Fleksibel BTC atau Penguncian Auto Jana BTC, anda boleh membatalkan penguncian Bitcoin anda pada bila-bila masa—tanpa tertakluk pada tempoh penguncian dan tempoh pembatalan penguncian.

 

  • Apabila anda membatalkan penguncian aset anda, aset tersebut akan dikunci semasa tempoh pembatalan penguncian atau escrow. Semasa tempoh ini, anda tidak akan memperoleh ganjaran, dan nilai aset anda yang boleh diubah akibat turun naik pasaran atau faktor lain.

  • Ganjaran tidak terjamin. Perubahan dalam blok rantai atau rangkaian mungkin mengurangkan atau menyingkirkan ganjaran masa hadapan.

  • Penguncian boleh terdedah kepada serangan penggodam, kegagalan pembayaran, atau "potongan" (kehilangan dana yang dikunci akibat kesilapan atau tindakan hasad).

Sila rujuk artikel sokongan kami untuk mendapatkan butiran lanjut.

Bahan ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja dan bukan nasihat pelaburan atau cadangan atau permintaan untuk membeli, menjual, mempertaruhkan atau memegang sebarang aset kripto atau untuk melibatkan diri dalam mana-mana strategi perdagangan tertentu. Kraken tidak dan tidak akan berfungsi untuk menaikkan atau menurunkan harga mana-mana aset kripto tertentu yang disediakannya. Sesetengah produk dan pasaran kripto dikawal dan yang lain tidak dikawal; walau apa pun, Kraken mungkin atau mungkin tidak dikehendaki untuk didaftarkan atau diberi kuasa untuk menyediakan produk dan perkhidmatan tertentu dalam setiap pasaran, dan anda mungkin tidak dilindungi oleh pampasan kerajaan dan/atau skim perlindungan kawal selia. Sifat pasaran aset kripto yang tidak dapat diramalkan boleh menyebabkan kehilangan dana. Cukai mungkin perlu dibayar atas sebarang pulangan dan/atau atas sebarang peningkatan dalam nilai aset kripto anda dan anda harus mendapatkan nasihat bebas berkenaan kedudukan percukaian anda. Sekatan geografi dikenakan. Unjuran kadar tahunan ialah anggaran berdasarkan purata ganjaran penguncian berakru sepanjang tempoh lepas, sebelum komisen dan adalah tertakluk pada perubahan.  Pertaruhan melibatkan risiko, termasuk tiada jaminan ganjaran, potensi kerugian akibat potongan atau penggodaman, malah susut nilai dalam nilai aset semasa dipertaruhkan. Sila rujuk Terma Perkhidmatan Kraken untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Kadar ganjaran adalah tertakluk pada perubahan, sila rujuk Terma Perkhidmatan Kraken untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Lakukan penguncian di mana-mana sahaja

Dapatkan aplikasi Kraken untuk menyediakan penguncian BTC dalam masa beberapa minit.

Contact activity