Anda boleh memperoleh ganjaran apabila anda mengunci mata wang kripto untuk suatu tempoh masa sebagai insentif untuk memperoleh dan memegang aset penguncian. Sesetengah syiling penguncian mungkin memerlukan tempoh ikatan. Untuk memperoleh ganjaran penguncian, hanya pilih aset yang ingin anda kunci dan selepas pengikatan telah tamat, aset tersebut akan tersedia untuk anda memulakan penguncian dan memperoleh ganjaran sekali seminggu daripada proses Bukti Pegangan.
Kadar ganjaran penguncian yang ditunjukkan merupakan anggaran, sebelum komisen kami, dan berdasarkan purata ganjaran penguncian yang terkumpul sepanjang tempoh lalu.
Mengunci kripto melibatkan proses memegang dan mengunci mata wang kripto tertentu untuk menyokong operasi rangkaian. Dengan mengunci kripto, individu mengesahkan transaksi dan melindungi rangkaian blok rantai. Sebagai balasan atas sumbangan mereka, pengesah akan menerima ganjaran penguncian dalam bentuk mata wang kripto tambahan. Penguncian memberikan insentif kepada penyertaan dan mengekalkan keselamatan serta konsensus rangkaian, malah membolehkan individu memperoleh ganjaran dengan menyokong ekosistem blok rantai secara aktif.
Bukan semua mata wang kripto menawarkan penguncian kerana penguncian memerlukan seni bina rangkaian blok rantai khusus yang menyokong mekanisme konsensus Bukti Pegangan (rangkaian PoS). PoS membolehkan pengguna mengambil bahagian dalam rangkaian dengan mengunci syiling dan bukannya melombong menggunakan kuasa pengkomputeran seperti dalam sistem Bukti Kerja (PoW). Lazimnya, mata wang kripto yang menawarkan penguncian mengutamakan kecekapan tenaga, kebolehskalaan dan keselamatan rangkaian, yang boleh disediakan oleh konsensus PoS. Hal ini merupakan pilihan reka bentuk yang dibuat oleh pembangun dan komuniti mata wang kripto untuk menggalakkan penyertaan serta memberikan insentif kepada pemegangan syiling bagi menyokong rangkaian. Selain itu, bukan semua mata wang kripto memerlukan penguncian kerana kes penggunaan khusus atau matlamat mata wang itu tidak selaras dengan mekanisme tertentu ini. Ketahui lebih lanjut tentang Bukti Kerja lwn. Bukti Pegangan.
Penguncian mengurangkan risiko pemusatan dan menjadikan rangkaian lebih tahan lasak untuk menghadapi serangan. Penguncian juga bertujuan untuk meningkatkan kebolehskalaan dengan menyingkirkan keperluan untuk proses perlombongan berintensif tenaga.
-
Beli atau deposit aset penguncian
-
Pilih aset kripto yang tersedia
-
Peroleh ganjaran penguncian pada aset anda
Anda akan menerima ganjaran sebanyak dua kali dalam seminggu daripada aset anda yang dikunci di Kraken.
Berikut merupakan jenis syiling yang membolehkan anda memperoleh ganjaran melalui perkhidmatan penguncian Kraken. Sebagai contoh, syiling penguncian seperti Tezos (XTZ) dan Cosmos (ATOM) boleh dibeli di Kraken lalu dikunci untuk memperoleh ganjaran.

















