Program Rujukan Krak - Terma Rasmi
PROGRAM RUJUKAN KRAK – TERMA RASMI
DENGAN MENYERTAI PROMOSI, ANDA BERSETUJU DENGAN TERMA RASMI INI DAN TERMA PERKHIDMATAN KRAKEN.COM, YANG MASING-MASING MEMBENTUK KONTRAK. BACA DOKUMEN DI ATAS SECARA TELITI SEBELUM MENGAMBIL BAHAGIAN. TIADA PEMBELIAN, PEMBAYARAN ATAU PEMBIAYAAN DIPERLUKAN UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN ATAU MENANG. PEMBELIAN, PEMBAYARAN ATAU PEMBIAYAAN TIDAK AKAN MENINGKATKAN PELUANG ANDA UNTUK MENANG.
Penaja | Payward Inc., sebuah syarikat yang diperbadankan di Delaware dengan nombor berdaftar 5017249 dan alamat berdaftar di 1209 Orange St., Wilmington, Delaware 19801 |
Kawasan yang Layak | Seluruh dunia, kecuali kawasan dan negara yang tidak dilayan oleh Kraken, yang dinyatakan pada laman web ini. Selain itu, penyertaan tidak dibenarkan dari United Kingdom, Singapura, Austria dan Turki. |
Tempoh Promosi | Promosi akan bermula pada 26 Jun 2025, jam 1:00 petang UTC dan akan berterusan sehingga ditamatkan oleh Kraken mengikut budi bicara sepenuhnya. |
Cara Mengambil Bahagian |
|
Penentuan Pemenang | Ganjaran akan dikreditkan secara automatik selepas pengesahan bahawa kedua-dua pengguna yang merujuk dan pengguna dirujuk telah memenuhi semua syarat. Kraken mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk menentukan sama ada semua syarat dipenuhi. |
Hadiah | Setiap rujukan yang layak akan memberikan perujuk dan juga penerima rujukan hadiah $2 USD atau lebih. Hadiah akan dikreditkan ke akaun Krak pengguna dalam masa 30 hari selepas pengesahan kelayakan dan pematuhan dengan Terma ini. Alternatif tunai tidak tersedia. Jumlah bilangan ganjaran adalah terhad dan mungkin diubah oleh Kraken pada bila-bila masa. |
Krak ialah jenama gabungan Kraken.
- Kelayakan Mengambil Bahagian
Tertakluk pada Peraturan Rasmi ini, program ini hanya terbuka kepada individu yang:
- Bersetuju dengan Terma Perkhidmatan Kraken.com;
- Mempunyai akaun Kraken atau Krak yang disahkan sekurang-kurangnya pada tahap Pertengahan;
- Tinggal di Kawasan Layak yang dikenal pasti di atas;
- Bersetuju dengan Peraturan Rasmi ini serta memenuhi dan mematuhi segala syarat berkenaan yang terkandung; dan
- Tidak dikecualikan daripada penyertaan di bawah Terma Perkhidmatan Kraken.com, Peraturan Rasmi ini atau undang-undang berkenaan.
- Pelucutan Kelayakan
Kraken berhak melucutkan kelayakan anda jika Kraken menentukan, mengikut budi bicara sepenuhnya, bahawa anda telah melanggar Peraturan ini, termasuk Terma Perkhidmatan Kraken.com atau undang-undang berkenaan.
- Pemberitahuan Pemenang
Pemenang akan dimaklumkan melalui apa-apa kaedah komunikasi yang diberikan oleh peserta, yang mungkin termasuk mesej langsung di akaun media sosial dan e-mel. Pemenang dikehendaki memberikan maklumat yang mencukupi untuk menerima mana-mana hadiah yang dianugerahkan. Penerima mana-mana hadiah mengakui dan bersetuju bahawa mereka mungkin perlu menyerahkan dokumentasi tambahan bagi layak menerima hadiah. Seletah pematuhan pemenang dengan Peraturan ini disahkan, hadiah akan disediakan kepada pemenang. Sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi, gagal membalas dalam masa 48 jam daripada mana-mana komunikasi, menolak hadiah atau gagal memberikan apa-apa maklumat atau dokumentasi yang diminta oleh Kraken, Kraken berhak melucutkan kelayakan pemenang tanpa notis selanjutnya dan memilih pemenang alternatif.
- Persetujuan dan Kelulusan
Dengan menyertai Pemberian Hadiah, anda bersetuju bahawa mana-mana kandungan serta mana-mana maklumat lain yang anda serahkan atau dikumpulkan oleh Kraken sehubungan dengan Pemberian Hadiah atau tinjauan pengalaman Wasserman boleh digunakan oleh Kraken, termasuk entiti perniagaan gabungannya. Selain itu, anda bersetuju dan memilih untuk menerima apa-apa komunikasi, termasuk komunikasi pemasaran daripada Kraken. Anda memberikan kebenaran kepada Kraken dan ejennya untuk memperoleh dan menyerahkan nama, alamat dan maklumat anda yang lain kepada pihak ketiga bagi tujuan mengendalikan Pemberian Hadiah ini dan mematuhi undang-undang dan peraturan berkenaan. ANDA JUGA MENGAKUI BAHAWA JIKA ANDA MENJADI PEMENANG, MAKLUMAT PENGECAM ANDA, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA NAMA DAN ALAMAT ANDA, MUNGKIN DIDEDAHKAN KEPADA PIHAK KETIGA UNTUK MEMPERMUDAH PROMOSI DAN MEMATUHI UNDANG-UNDANG, CUKAI DAN KEPERLUAN PELAPORAN YANG BERKENAAN. Melainkan dipertimbangkan dalam Peraturan ini, Kraken akan menggunakan maklumat peribadi yang dikumpulkan berhubung dengan Pemberian Hadiah ini menurut dasar privasi dalam taliannya yang boleh didapati di https://kraken.com/legal/privacy.
- Penafian
Kraken tidak bertanggungjawab atas apa-apa perubahan atau ketidaksediaan Internet anda, atau apa-apa gangguan lain yang menjejaskan keupayaan anda untuk mengakses atau sebaliknya menyertai Pemberian Hadiah, termasuk keupayaan anda untuk mengambil bahagian tepat pada masanya, menerima notis atau berkomunikasi dengan Kraken. Tanpa mengehadkan apa-apa peruntukan lain dalam Peraturan ini, Kraken dan Pihak Berkaitan Kraken tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti atas apa-apa kerosakan atau kerugian yang berpunca daripada mana-mana bencana alam, kegagalan peralatan, tindakan pengganas, gempa bumi, peperangan, kebakaran, banjir, epidemik, letupan, cuaca buruk luar biasa, embargo, pertikaian buruh, gangguan pengangkutan dalam apa jua bentuk, gangguan sivil atau apa-apa tindakan pihak berkuasa kerajaan, persekutuan, negeri atau tempatan atau mana-mana punca lain, sama ada disebut di atas secara khusus atau tidak.
- Pengehadan Liabiliti, Pertikaian dan Undang-undang yang Mentadbir
Dengan menyertai Pemberian Hadiah, anda bersetuju dan dengan ini melepaskan serta menanggung rugi Kraken dan Pihak Berkaitan Pemberian Hadiah daripada apa-apa kerosakan, kecederaan, kematian, kerugian, tuntutan, tindakan, permintaan atau liabiliti lain (secara kolektif, “Tuntutan”) yang mungkin timbul daripada penerimaan, pemilikan anda dan/atau penggunaan mana-mana hadiah atau penyertaan anda dalam Pemberian Hadiah ini, tidak kira sama ada Tuntutan sedemikian, atau pengetahuan tentang fakta yang membentuk Tuntutan sedemikian, wujud pada waktu penyertaan atau timbul pada bila-bila masa selepas itu.
DENGAN MENYERTAI PROMOSI, ANDA BERSETUJU BAHAWA SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG BERKENAAN: (1) MANA-MANA DAN SEMUA PERTIKAIAN, TUNTUTAN DAN PUNCA TINDAKAN YANG TIDAK DAPAT DISELESAIKAN ANTARA ANDA DENGAN KRAKEN, ATAU PIHAK BERKAITAN KRAKEN YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN PROMOSI AKAN DISELESAIKAN SECARA INDIVIDU, TANPA PENGGUNAAN APA-APA BENTUK TINDAKAN SATU PIHAK; (2) MANA-MANA DAN SEMUA TUNTUTAN, PENGHAKIMAN DAN ANUGERAH ADALAH TERHAD KEPADA KOS TUNAI SEBENAR PIHAK KETIGA YANG DITANGGUNG JIKA ADA DAN TIDAK MELEBIHI DUA PULUH LIMA DOLAR ($25.00) NAMUN DALAM APA JUA KEADAAN YURAN PEGUAM TIDAK AKAN DIANUGERAHKAN ATAU BOLEH DIPULIHKAN; (3) DALAM APA JUA KEADAAN PUN, ANDA TIDAK DIBENARKAN MENUNTUT APA-APA ANUGERAH UNTUK, DAN ANDA DENGAN INI MENGETEPIKAN DENGAN PENGETAHUAN PENUH DAN JELAS SEMUA HAK UNTUK MENUNTUT GANTI RUGI PUNITIF, SAMPINGAN, AKIBAT ATAU KHAS, KEHILANGAN KEUNTUNGAN DAN/ATAU APA-APA GANTI RUGI LAIN, SELAIN PERBELANJAAN TUNAI SEBENAR YANG TIDAK MELEBIHI DUA PULUH LIMA DOLAR ($25.00), DAN/ATAU APA-APA HAK UNTUK MENGGANDAKAN ATAU SEBALIKNYA MENINGKATKAN GANTI RUGI; DAN (4) REMEDI ANDA ADALAH TERHAD KEPADA TUNTUTAN GANTI RUGI KEWANGAN (JIKA ADA) DAN ANDA MENGETEPIKAN APA-APA HAK UNTUK MENUNTUT PERINTAH INJUNKSI ATAU REMEDI EKUITI.
Apa-apa pertikaian yang timbul di bawah atau berkaitan dengan peraturan ini (sama ada melibatkan pelanggaran kontrak, tingkah laku tort atau sebaliknya) akan ditadbir oleh undang-undang England dan Wales, tanpa rujukan kepada prinsip konflik undang-undang berkenaan. Dengan menyertai Pemberian Hadiah ini, anda bersetuju bahawa apa-apa pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan Pemberian Hadiah ini akan ditentukan oleh timbang tara mengikat sulit di London, England sahaja, mengikut dan di bawah peraturan LCIA dan penghakiman tentang anugerah yang diberikan oleh penimbang tara boleh diterima di mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berkenaan. Walau apa pun perkara di atas, Kraken boleh menuntut remedi ekuiti di mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa. Jika mana-mana peruntukan dalam peraturan ini dianggap menyalahi undang-undang atau tidak dapat dikuatkuasakan, peruntukan tersebut akan dihadkan atau disingkirkan setakat minimum yang diperlukan supaya peraturan ini selainnya kekal berkuat kuasa sepenuhnya dan boleh dikuatkuasakan.
- Peraturan Umum
Kraken berhak mengubah suai Peraturan ini dengan apa-apa cara atau pada bila-bila masa. Kraken berhak mengikut budi bicara mutlak Kraken untuk membatalkan atau menggantung Pemberian Hadiah ini sekiranya virus, pepijat atau sebab lain di luar kawalan Kraken menjejaskan pentadbiran, keselamatan atau operasi Penyertaan yang sepatutnya. Sekiranya berlaku pembatalan atau penggantungan, Kraken akan dengan segera menyiarkan notis berkenaan di laman webnya. Kegagalan untuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan Peraturan ini tidak akan membentuk pengetepian peruntukan tersebut. Keputusan Kraken adalah muktamad dalam segala perkara yang berkaitan dengan Pemberian Hadiah. Anda mengetepikan apa-apa hak untuk mendakwa ketaksaan dalam Pemberian Hadiah atau Peraturan ini. Ketidaksahan atau ketidakbolehkuatkuasaan mana-mana peruntukan dalam Peraturan ini tidak akan menjejaskan kesahan atau kebolehkuatkuasaan mana-mana peruntukan yang lain. Jika Pemberian Hadiah tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang atas apa-apa sebab, Kraken berhak, mengikut budi bicara mutlak kami, untuk membatalkan, mengubah suai atau menggantungkan Pemberian Hadiah dan memilih pemenang secara sepihak daripada penyerahan layak yang diterima sebelum pembatalan, pengubahsuaian atau penggantungan atau sebagaimana yang dianggap saksama dan wajar oleh Kraken sebaliknya.