Bagaimana menghantar wang ke seluruh dunia

Oleh Kraken Learn team
8 min
5 Ogo 2025
Perkara utama
  1. Pemindahan wang antarabangsa memerlukan pertimbangan faktor utama seperti kadar pertukaran, kaedah pembayaran yang tersedia dan yuran.

  2. Walaupun kripto mempermudah kiriman wang global dengan yuran rendah, proses penyediaan dompet, pemprosesan pembayaran serta penukaran menjadi mata wang fiat boleh menjadi rumit untuk penerima yang kurang biasa dengan teknologi tersebut.

  3. Aplikasi Krak memastikan sesiapa pun boleh menghantar/menerima wang mengikut cara sendiri, dengan yuran yang rendah dan proses yang amat pantas.

Panduan pembayaran global 🌍

Ingin menghantar wang kepada rakan, keluarga atau ahli bersekutu di negara lain? Memang terdapat banyak pilihan: daripada deposit tunai/pengambilan tunai serta pindahan kawat tradisional hinggalah aplikasi teknologi kewangan yang dimuatkan menggunakan kad debit/kredit, pelbagai pilihan tersedia untuk memindahkan dana ke seluruh dunia.

Sudah tentu, setiap kaedah pembayaran mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Dalam artikel ini, kami akan memberikan gambaran menyeluruh tentang pemindahan wang antarabangsa serta petua bagi mendapatkan tawaran terbaik.

Memahami pemindahan wang antarabangsa 📚

Secara umum, pemindahan wang antarabangsa merujuk kepada mana-mana transaksi apabila satu pihak menghantar dana kepada penerima di negara lain—sama ada melalui mata wang kripto, pindahan kawat antarabangsa atau pemindahan bank.

Untuk sementara, lupakan kripto dan fokus pada kaedah tradisional yang memenuhi takrifan ini.

Pemindahan biasanya melibatkan penggunaan platform bersama, yang menyambungkan dua landasan kewangan yang berasingan.

Sebagai contoh, pengguna di negara A yang ingin menghantar mata wang fiat melalui bank kepada pengguna di negara B memerlukan satu bentuk “hab” yang menghubungkan kedua-dua akaun bank.

Kini, SWIFT ialah pilihan utama untuk ‘hab’ ini. Protokol ini membolehkan pemindahan bank antarabangsa melalui set arahan bersama antara bank di seluruh dunia. Pilihan lain seperti Wise dan Western Union membolehkan pengguna mencipta dan membiayai akaun bagi tujuan yang sama.

Tokenization

Faktor utama untuk dipertimbangkan semasa menghantar wang ke luar negara 📍

Apabila menghantar wang ke luar negara, beberapa faktor utama harus dipertimbangkan: yuran pemindahan, kelajuan, kaedah penghantaran, had pemindahan dan tahap kemudahan yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan pemindahan wang.

Yuran dan kadar pertukaran

Kos pemindahan melibatkan pelbagai aspek dalam pemindahan wang antarabangsa. Selain caj perkhidmatan yang jelas, anda perlu mempertimbangkan kadar pertukaran mata wang asing yang digunakan untuk menukar dana. Banyak penyedia menyertakan tokokan kadar pertukaran—iaitu yuran tersembunyi tambahan—pada semua jumlah wang yang dihantar melalui perkhidmatan penyedia. Pemahaman tentang kos ini penting untuk mengelakkan kejutan yang tidak dijangka semasa membuat apa-apa pemindahan.

Kelajuan pemindahan

Kelajuan ialah satu lagi faktor penting. Walaupun sesetengah penyedia pemindahan wang menawarkan kaedah penghantaran pantas, pindahan bank tradisional biasanya mengambil masa beberapa hari perniagaan untuk diselesaikan. Kelewatan boleh menjadi amat menyusahkan sekiranya transaksi anda sensitif masa. Akibatnya, semakin ramai orang beralih kepada pilihan yang lebih inovatif dan mudah seperti pembayaran menggunakan mata wang kripto bagi menjadikan pemindahan lebih cepat dan berkesan dari segi kos.

Kaedah penghantaran dan had pindahan

Kaedah penghantaran dana juga memainkan peranan penting. Sama ada menghantar wang untuk deposit bank secara langsung, tunai untuk pengambilan atau pemindahan dompet digital, setiap pilihan menawarkan tahap kelajuan, yuran dan kebolehcapaian yang berbeza. Selain itu, pastikan anda mengetahui apa-apa had pemindahan yang dikenakan oleh penyedia, kerana had ini boleh mempengaruhi pilihan anda.

Mudah digunakan

Kebolehgunaan platform hendaklah memenuhi keperluan anda dan juga penerima anda. Contohnya, aplikasi teknologi kewangan moden yang membolehkan pemindahan wang hanya menggunakan alamat e-mel boleh mempermudah proses. Walau bagaimanapun, jika penerima lebih selesa dengan pemindahan bank tradisional, memilih perkhidmatan yang memenuhi keperluan itu mungkin lebih praktikal.

Apa-apa pun, perbandingan penyedia pemindahan wang berbeza—melalui semakan laman web, ulasan pelanggan dan kadar pertukaran asing setiap penyedia—dapat membantu anda menemukan penyelesaian yang mengimbangi kelajuan, yuran dan kemudahan sambil memenuhi keperluan khusus anda.

Tokenization

Cara Krak mempermudah pemindahan wang antarabangsa 👀

Aplikasi Krak—boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play dan App Store—menawarkan kefleksibelan pembayaran, kecekapan kos dan inovasi yang tiada tandingan.

Ekonomi tanpa sempadan masa kini memerlukan lebih daripada pemindahan mata wang asas—ekonomi tanpa sempadan memerlukan sistem pemindahan wang dalam talian yang dibangunkan khusus untuk dunia yang saling terhubung.

Dibina daripada asas, Krak menyokong lebih daripada 300+ aset termasuk mata wang kripto utama, stablecoin dan mata wang fiat, serta boleh digunakan merentasi 160+ negara di seluruh dunia termasuk UK, Kanada dan banyak lagi.

Baik menghantar kripto, fiat mahupun aset lain, kawalan sepenuhnya berada di tangan anda. Pilih sahaja aset yang ingin dihantar dan biarkan penerima menentukan cara menerima aset tersebut. Semudah itu.

Aplikasi Krak mengurus semua penukaran aset secara automatik untuk anda, memanfaatkan kecairan mendalam serta infrastruktur keselamatan platform kami yang kukuh.

Ingin memperoleh ganjaran secara automatik daripada aset tidak aktif? Anda boleh berbuat demikian dengan Krak. Bosan dengan aplikasi pemindahan wang yang mengenakan yuran tinggi? Krak menawarkan harga telus dan pemindahan percuma bagi transaksi aset sama. 

Sama ada perniagaan yang mengurus gaji global atau individu yang menghantar wang ke tanah air, Krak Pay membantu anda menjimatkan lebih banyak tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan.

Muat turun Aplikasi Krak
Klik di sini untuk melihat tawaran aplikasi Krak.

Langkah untuk memindahkan wang ke luar negara secara selamat dengan Krak 📖

Proses bermula dengan aplikasi Krak hanya semudah memuat turun aplikasi dan mencipta akaun. Setelah disahkan, itu sahaja: anda hanya perlu membiayai akaun dengan fiat atau kripto pilihan anda.

Dari situ, anda dinasihati agar mengenali tiga ciri utama Krak yang direka bentuk untuk mewujudkan pengalaman pengguna yang lancar:

Kraktags

Lupakah alamat kripto dan pengecam perbankan yang panjang.

Setiap pengguna aplikasi Krak boleh mencipta Kragtag sendiri, iaitu pengecam boleh suai, unik dan boleh dibaca oleh manusia yang membolehkan orang lain menemukan mereka secara mudah. Cipta Kraktag sendiri dan kongsikan dengan rakan dan keluarga untuk mula menerima bayaran dengan segera.

Pautan Pembayaran

Pautan pembayaran ialah URL selamat dan mudah yang direka supaya tindakan membuat pembayaran digital adalah semudah menghantar mesej. Jana pautan pembayaran melalui aplikasi Krak, kemudian hantar melalui WhatsApp, Signal, SMS atau mana-mana perkhidmatan pemesejan yang lain. Setelah diterima, penerima hanya perlu mengklik pautan untuk mengakses dana.

Bagaimanakah jika pihak balas tiada akaun Kraken? Tidak apa-apa. Apabila penerima mengklik pautan pembayaran, mereka akan digesa untuk mendaftarkan akaun Kraken percuma. Setelah mencipta akaun dan mengesahkan butiran, bayaran akan dikreditkan ke akaun penerima secara automatik.

Sokongan berbilang mata wang

Mahu membayar rakan dalam Franc Swiss namun hanya mempunyai Dogecoin (DOGE)? Tiada masalah.

Anda tidak perlu menukar DOGE anda pun sebelum melaksanakan traksaksi—aplikasi Krak akan melakukan segalanya dalam masa nyata bagi pihak anda hasil kecairan pasaran yang mendalam. Apatah lagi, anda boleh menggabungkan berbilang mata wang dan kripto dalam satu transaksi jika anda memiliki berbilang baki yang kecil.

Dengan barisan ciri ini, transaksi segera yang selamat menjadi lebih mudah. Cipta Kraktag anda dan mula menggunakan Krak sekarang!

DOGE icon
$0.093
+1.16%
24J
doge

Petua untuk meminimumkan kos dan memaksimumkan kecekapan 📝

Anda disarankan agar membuat perbandingan bagi mendapatkan tawaran terbaik (dan masa pemprosesan terpantas) untuk pemindahan wang antarabangsa. Sudah tentu, faktor seperti mata wang fiat yang digunakan, negara penghantar dan penerima, serta jumlah wang yang dihantar akan mempengaruhi keputusan anda. Perkara yang sama terpakai kepada kaedah pembiayaan anda: penyelesaian yang berbeza lebih sesuai untuk kaedah pembayaran yang berbeza (cth., pemindahan bank, kad kredit/debit, tunai).

Sering kali, tawaran digital lebih baik daripada platform perbankan tradisional. Namun apa-apa pun, pastikan anda mempertimbangkan semua yuran sebelum membuat keputusan.

Tokenization

Bermula dengan aplikasi Krak

Kini, pelbagai pilihan tersedia untuk menghantar wang dari sebuah negara ke negara yang lain. Tiada satu penyelesaian tunggal yang sesuai untuk semua kerana pemindahan amat bergantung pada keadaan penghantar dan penerima.

Namun dari segi kemudahan dan kelajuan, sukar menandingi Krak yang hanya memerlukan pendaftaran dan pembiayaan akaun untuk mula menghantar, serta menawarkan pelbagai ciri mantap bagi memastikan pemindahan domestik dan antarabangsa berjalan lancar.

Mulakan dengan aplikasi pembayaran digital terunggul hari ini.

Penafian