Apakah itu Lightning Network?
Panduan Pemula untuk Lightning Network Bitcoin
Lightning Network (juga dirujuk sebagai Lightning, atau LN) ialah penyelesaian boleh skala yang dibina di atas Bitcoin yang membolehkan pengguna menghantar dan menerima BTC dengan cepat hampir tanpa yuran.
Lightning dianggap sebagai penyelesaian luar rantai dan Layer 2, yang bermaksud bahawa pemindahan dilakukan melalui rangkaian baharu saluran pembayaran yang berakar dalam blok rantai Bitcoin.
Sebagai mata wang kripto pertama dan terkemuka di dunia, Bitcoin telah menjadi cara penting untuk melakukan transaksi nilai kerana, untuk pertama kalinya, mana-mana pemegang mempunyai kebebasan untuk:
- Menyimpan bitcoin tanpa inflasi bekalan yang tidak dijangka
- Menghantar dan menerima bitcoin tanpa keperluan perantara
- Mengesahkan transaksi menggunakan nod mereka sendiri
Walau bagaimanapun, ramai yang bersetuju bahawa Bitcoin masih memerlukan fungsi yang lebih baik untuk menjadi medium pertukaran global dan sistem tunai rakan kepada rakan seperti yang dinyatakan dalam kertas putih seminal Bitcoin: Sistem Tunai Elektronik Rakan kepada Rakan. Pada masa ini, Bitcoin menghadapi had berikut:
- Yuran – Oleh sebab ruang blok terhad, yuran perlombongan boleh turun naik dengan ketara berdasarkan permintaan untuk penyertaan transaksi.
- Transaksi sesaat – Bitcoin hanya mampu melakukan kira-kira 7 transaksi sesaat (TPS)
- Kesesakan rangkaian – Masa blok yang perlahan dan penggunaan rangkaian yang meningkat boleh mengakibatkan kelewatan dalam pengesahan transaksi
Lightning Network Bitcoin bertujuan untuk menyelesaikan had ini dengan menyediakan transaksi yang segera dan murah sambil mencapai daya pemprosesan kira-kira 1 juta transaksi sesaat.
Walaupun Lightning boleh digunakan untuk apa-apa jenis pemindahan, kebanyakan orang mendapati ia berguna untuk pembayaran mikro atau pemindahan yang lebih kecil yang biasanya tidak ekonomi disebabkan oleh yuran lapisan asas.
Sehingga Ogos 2021, statistik Lightning Network menunjukkan bahawa lebih daripada 2,000 BTC telah dipindahkan menggunakan rangkaian tersebut.
Harap maklum bahawa Lightning Network tidak melaksanakan token baharu dan membolehkan kebebasan yang sama seperti Bitcoin – ia ternyahpusat, tanpa izin, dan sumber terbuka. Keselamatannya berasal daripada transaksi Bitcoin pada rantai, yang menggunakan kontrak pintar untuk membolehkan penyelesaian segera dan di luar rantai.

Manfaat Lightning Network
Lightning Network Bitcoin dibangunkan terutamanya untuk meningkatkan penerimaan pembayaran bitcoin harian dengan meningkatkan kelajuan transaksi dan mengurangkan yuran transaksi. Walau bagaimanapun, membuka saluran pembayaran pada lapisan kedua telah membawa beberapa manfaat lain.
Kebolehskalaan
Bitcoin ialah sistem penyiaran global yang membolehkan semua orang mengesahkan setiap transaksi sebelum menambahkan transaksi pada blok rantai. Walaupun sistem ini membolehkan Bitcoin menjadi benar-benar ternyahpusat, kelemahan utamanya ialah ia hanya membenarkan kira-kira tujuh transaksi sesaat (TPS).
Sistem saluran Lightning membolehkan laluan yang boleh digunakan semula yang ditambahkan pada blok rantai Bitcoin setelah saluran ditutup. Secara teori, ini bermakna LN boleh meningkatkan TPS Bitcoin hingga satu juta TPS.
Privasi
Transaksi di blok rantai Bitcoin boleh dikesan daripada satu dompet kepada dompet yang lain. Dengan menggunakan Lightning Network, hanya pembukaan dan penutupan saluran direkodkan pada rantai, yang bermaksud bahawa kebanyakan pembayaran mikro hampir tidak dapat dikesan.
Sejarah Ringkas Lightning Network
Lightning Network pada asalnya dibayangkan dalam kertas putih yang ditulis oleh Joseph Poon dan Tadge Dryja pada tahun 2015.
Testnet dikeluarkan pada Mei 2016 dan, menjelang Januari 2017, pelaksanaan pertama Lightning – lnd – dikeluarkan dalam tahap alpha. Transaksi dunia nyata pertama melalui saluran Lightning Network berlaku pada bulan Disember 2017, ketika Alex Bosworth menggunakan Lightning untuk membayar bil telefonnya.
Dalam penutup puitis kepada tahap pembangunan alpha, Lazlo Hanyecz – orang pertama yang menggunakan bitcoin di dunia nyata dengan membayar 10,000 BTC untuk dua piza pada tahun 2013 – menggunakan Lightning untuk, sekali lagi, membeli dua piza.
Terdapat beberapa pasukan yang telah mengeluarkan nod Lightning di mainnet, termasuk penyelesaian c-lightning daripada Blockstream, lnd daripada Lightning Labs dan Eclair daripada Acinq.
Obor Lightning
Pada Januari 2019, personaliti Twitter yang menggunakan nama samaran Hodlonaut menghantar 0.001 BTC (atau 100,000 satoshi) ke dompet yang dipercayai menggunakan Lightning Network. Matlamat latihan ini adalah untuk penerima ini menambah 10,000 satoshi kepada jumlah keseluruhan dan menghantarnya ke dompet LN yang lain, dengan itu memulakan rangkaian transaksi di seluruh dunia.
Obor metafora telah dipindahkan 292 kali, termasuk kepada Jack Dorsey, Elizabeth Stark dan Pierre Rochard, sebelum mencapai 4,390,000 satoshi yang kemudiannya dihantar ke Bitcoin Venezuela, sebuah organisasi bukan untung yang bertujuan untuk mempromosikan Bitcoin di Venezuela.
Bagaimanakah Lightning Network Berfungsi?
Lightning Network dibina di luar rantai untuk pengguna melakukan pemindahan bitcoin dalam usaha untuk mengurangkan kesesakan rangkaian pada rantai.
Untuk memulakan, saluran dibuka antara dua pihak yang membolehkan mereka menghantar dana. Mereka kemudiannya boleh menggunakan saluran ini untuk menghantar BTC antara satu sama lain dengan serta-merta, dengan yuran hampir sifar, tanpa perlu menyiarkan setiap transaksi ke lapisan asas blok rantai Bitcoin.
Mana-mana pihak boleh menyelesaikan di blok rantai Bitcoin dan menutup saluran pada bila-bila masa.
Apabila saluran ditutup dan diselesaikan di blok rantai lapisan asas, dana dihantar kepada setiap pihak mengikut sejarah pemindahan saluran, yang diringkaskan sepenuhnya sebagai satu transaksi di blok rantai Bitcoin. Satu-satunya transaksi berkaitan Lightning yang disiarkan ke rangkaian Bitcoin ialah pembukaan dan penutupan saluran. Ini membebaskan ruang blok, menghasilkan yuran rangkaian yang lebih rendah dan peningkatan aktiviti ekonomi setiap blok.
Saluran pembayaran langsung antara dua pihak juga boleh menjadi sebahagian daripada Lightning Network yang lebih besar. Jika dua pihak tidak mempunyai saluran langsung, mereka boleh memindahkan dana melalui laluan yang saling berkaitan. Nod Lightning di rangkaian mencari laluan terbaik untuk melaksanakan transaksi.
Sebagai contoh, jika rakan anda (yang anda mempunyai saluran bersama) membawa anda ke kedai kopi kegemarannya, yang mereka mempunyai saluran bersama, Lightning Network membolehkan anda mengarahkan pembayaran anda melalui rakan anda apabila anda membayar kopi, tanpa anda perlu membuka saluran baharu dengan kedai kopi. Semua ini berlaku dalam beberapa saat dan tidak tertakluk pada menunggu lama atau yuran tinggi seperti di blok rantai utama.
Harrap maklum bahawa penganalisis Bitcoin pada rantai boleh mengenal pasti transaksi ini dengan cepat sebagai datang daripada Lightning Network kerana ia muncul sebagai kontrak pintar yang kompleks yang termasuk pelbagai kunci awam dan tandatangan yang digunakan dalam saluran. Isu ini ditangani oleh Cadangan Peningkatan Bitcoin yang termasuk dalam naik taraf Taproot, yang bertujuan untuk meningkatkan privasi setiap transaksi.
Mula membeli bitcoin
Sekarang anda bersedia untuk mengambil langkah seterusnya dan membeli sedikit bitcoin!