Bolehkah anda memulihkan aset kripto yang hilang?

Pengenalan kepada pemulihan kripto yang hilang 📚
Sifat kawalan penuh dalam mata wang kripto bermaksud sesiapa sahaja boleh menjadi bank bagi diri sendiri dan menyimpan aset digital mereka tanpa memerlukan pihak ketiga yang dipercayai.
Namun, bentuk kuasa kewangan ini juga datang dengan risikonya yang tersendiri. Tanpa mana mana perantara untuk dijadikan tempat bergantung, orang ramai boleh dengan mudah kehilangan akses kepada aset kripto mereka akibat kesilapan sendiri atau penipuan.
Ini boleh menjadi sangat menyedihkan, terutamanya jika jumlah yang besar terlibat. Mujurlah, terdapat teknik dan perkhidmatan moden yang kini wujud yang mungkin dapat membantu memulihkan aset kripto yang hilang dalam situasi tertentu.
Mengapa sukar untuk memulihkan kripto? 🤨
Sifat kawalan penuh dalam mata wang kripto bermaksud sesiapa sahaja boleh menjadi bank bagi diri sendiri dan menyimpan aset digital mereka tanpa memerlukan pihak ketiga yang dipercayai.
Namun, bentuk kuasa kewangan ini juga datang dengan risikonya yang tersendiri. Tanpa mana mana perantara untuk dijadikan tempat bergantung, orang ramai boleh dengan mudah kehilangan akses kepada aset kripto mereka akibat kesilapan sendiri atau penipuan.
Ini boleh menjadi sangat menyedihkan, terutamanya jika jumlah yang besar terlibat. Mujurlah, terdapat teknik dan perkhidmatan moden yang kini wujud yang mungkin dapat membantu memulihkan aset kripto yang hilang dalam situasi tertentu.
Cara biasa orang kehilangan akses kepada aset kripto mereka 👜
Secara amnya, terdapat lima cara utama seseorang boleh kehilangan akses kepada dana kripto mereka:
- Kesilapan sendiri
- Penipuan
- Kecurian
- Kerosakan perisian/perkakasan
- Penutupan platform/ kebankrapan
Kesilapan sendiri
Terlupa kata laluan, kehilangan frasa pemulihan, tersalah letak dompet perkakasan atau menghantar dana kripto ke alamat yang salah ialah antara punca paling biasa yang menyebabkan orang kehilangan akses kepada aset digital mereka.
Sebuah firma penyelidikan menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya 4% Bitcoin yang beredar hilang secara kekal akibat contoh kesilapan manusia ini.
Kes Stefan Thomas ialah contoh terkenal tentang bagaimana hanya terlupa kata laluan boleh menyebabkan seseorang kehilangan jutaan dalam potensi keuntungan. Thomas, seorang pengaturcara komputer dan bekas CTO Ripple dari Jerman, dibayar 7,002 BTC pada tahun 2011 untuk menghasilkan video pendidikan kripto. Pada masa itu, harga bitcoin ialah sekitar $5 setiap syiling.
Dia menyimpan akses kepada aset digital di dalam dompet perkakasan yang dilindungi kata laluan, dan menulis frasa itu di atas sehelai kertas. Beberapa ketika kemudian, dia kehilangan kertas itu, dan kerana kesilapan itu juga, dia kehilangan akses kepada BTC yang besar nilainya.
Penipuan
Walaupun mata wang kripto itu sendiri bukan penipuan, malangnya ia sering digunakan oleh penjenayah untuk menjalankan pelbagai bentuk kegiatan penipuan.
Mata wang kripto mewakili sasaran yang sangat menguntungkan bagi penipu, rug pullers dan jenis pelaku jahat yang lain. Dari penipuan memancing data dan skim ponzi hingga serangan kejuruteraan sosial yang disasarkan dan pertukaran SIM, industri mata wang kripto terus menjadi pusat aktiviti penipuan.
Dalam sebuah laporan, Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) mengaitkan kerugian mata wang kripto berjumlah $2.59 bilion akibat penipuan sepanjang tahun 2022.
Kecurian
Godaman bursa kripto, eksploitasi kontrak pintar dan kelemahan sistem ialah satu lagi cara yang sangat biasa menyebabkan ramai pengguna kripto kehilangan dana mereka. Sering kali, bukan individu yang menjadi sasaran, tetapi platform di mana dana mereka disimpan.
Kewujudan protokol kewangan ternyahpusat (DeFi) memperkenalkan platform autonomi baharu yang beroperasi hampir sepenuhnya menggunakan kontrak pintar yang berfungsi secara automatik serta kecairan yang disediakan oleh pemegang kripto. Platform ini mencipta pengumpulan dana pengguna, mengundang penggodam untuk mencari cara untuk mengeksploitasi pepijat atau kelemahan dalam kod asas mereka dan mengakses dana tersebut.
Lebih daripada $680 juta telah dicuri dari platform kripto pada Q3, 2023 sahaja, menyebabkan beberapa pakar menyebutnya sebagai suatu suku terburuk untuk jenayah berkaitan keselamatan dalam sejarah industri kripto.
Kerosakan perisian/perkakasan
Walaupun dianggap sebagai ancaman yang lebih kecil kepada pemegang kripto, terdapat kes di mana pengguna tidak dapat mengakses dana mereka kerana gangguan dalam talian atau kerosakan dengan dompet perkakasan atau perkhidmatan kripto dalam talian.
Penutupan platform, kejatuhan dan kebankrapan
Meninggalkan dana kripto di mana-mana platform dianggap berisiko, terutama apabila prinsip keselamatan dan perniagaan asas tidak diikuti. Kejatuhan buruk FTX pada tahun 2022 ialah contoh jelas tentang betapa dahsyatnya kesan keruntuhan platform terhadap individu dan juga industri secara keseluruhan.
Difahamka lebih daripada $8 bilion dana pelanggan telah hilang susulan kejatuhan mendadak platform mata wang kripto tersebut.
Contoh lain penutupan platform dan kebankrapan selepas kejatuhan FTX termasuk Celsius Network, Voyager Digital dan BlockFi.

Bilakah mungkin untuk memulihkan kripto? 💻
Dalam beberapa contoh di atas, alat dan perkhidmatan moden telah tersedia yang berusaha untuk membantu individu dalam memulihkan mata wang kripto mereka yang hilang atau dicuri.
Memulihkan mata wang kripto daripada dompet yang dilindungi kata laluan.
Terlupa kata laluan dompet digital ialah salah satu cara paling mudah yang boleh menyebabkan anda terkunci daripada mengakses dana anda.
Hampir semua peranti dompet perkakasan dan dompet perisian akan meminta pengguna menetapkan kata laluan atau PIN semasa membuka akaun mereka. Ciri ini berfungsi sebagai benteng keselamatan pertama terhadap penggodam dalam talian atau kecurian secara fizikal. Pemilik kripto mesti memasukkan kata laluan atau PIN mereka setiap kali mereka ingin mengakses dana mereka, menjadikannya maklumat yang sangat penting untuk diingati.
Sebelum ini, jika seseorang melupakan kata laluan mereka, terdapat sedikit atau tiada bantuan yang tersedia untuk memulihkan akses kepada dana yang berkaitan dengan dompet kripto mereka. Tetapi kini, beberapa perkhidmatan pemulihan kripto telah muncul yang berusaha untuk mengatasi masalah yang meluas ini.
Perkhidmatan ini berfungsi dengan cuba memecahkan kata laluan dompet kripto seseorang menggunakan pendekatan daya kasar dengan bantuan alat komputer khusus. Alat ini boleh menghasilkan beribu-ribu kata laluan setiap saat dengan harapan bahawa akhirnya mereka akan menemui yang betul. Untuk memudahkan proses, pemilik dompet kripto biasanya diminta untuk memberikan senarai kata laluan yang mereka ketahui dan variasi yang berpotensi untuk membantu mengecilkan pencarian.
Ingat cerita Stefan Thomas? Telah dilaporkan bahawa dia mendapatkan bantuan daripada dua pasukan pemecah kata laluan untuk menyelesaikan masalahnya, dengan tawaran ketiga dari syarikat lain di atas meja.
Walaupun kaedah ini tidak dijamin untuk membuka setiap dompet kripto, ia boleh memberikan beberapa orang peluang kedua untuk memulihkan akses kepada dana mereka.
Memulihkan mata wang kripto akibat kerosakan dompet perkakasan atau dompet perisian
Jika dompet perkakasan seseorang, atau peranti yang mengandungi dompet perisian mereka, dicuri, rosak atau hilang, ia boleh dipulihkan menggunakan frasa asas pemulihan dompet tersebut.
Apabila mencipta dompet kripto, seseorang akan diminta untuk menyalin senarai perkataan dalam urutan tertentu. Ini dikenali sebagai asas pemulihan, atau frasa asas pemulihan. Selalunya, asas pemulihan terdiri daripada sekurang kurangnya 12 perkataan rawak. Menyalin urutan perkataan ini dengan betul adalah sangat penting.
Pakar keselamatan secara amnya mengesyorkan orang menulis frasa ini pada kertas dan membuat beberapa salinan sebagai langkah berjaga-jaga. Jika seseorang dapat menemui asas pemulihan dompet mereka, mereka hanya perlu memuat turun semula dompet perisian yang sama pada komputer lain, atau membeli dompet perkakasan baharu, memasukkan asas pemulihan tersebut dan memindahkan semula dana yang berkaitan.
Jika seseorang tidak dapat menemukan frasa pemulihan mereka, akses kepada dana mereka kemungkinan akan hilang selamanya.
Memulihkan mata wang kripto yang dipegang oleh syarikat yang bankrap.
Bagi pedagang kripto yang kehilangan dana akibat platform kustodian yang bankrap, yang membekukan pengeluaran dan menghentikan operasi, mereka mungkin menerima sebahagian pampasan selepas aset syarikat tersebut dilikuidasikan.
Ini bergantung sepenuhnya kepada keadaan individu platform dan sama ada terdapat sebarang aset yang tinggal untuk diagihkan kepada mangsa yang terjejas setelah pemiutang dan kos lain dibayar. Secara keseluruhan, proses ini boleh mengambil masa bertahun-tahun. Bagi pengguna yang disahkan yang telah menghantar maklumat peribadi mereka, syarikat yang bankrap kemungkinan akan berusaha untuk menghubungi mereka mengenai membuat tuntutan.
Berhati-hati dengan penipuan kripto ketika ini. Adalah perkara biasa bagi kempen e-mel memancing data berskala besar muncul apabila sesuatu platform bankrap. E-mel seperti ini menyamar sebagai sumber yang sah, dan mungkin mengajak pengguna mengklik pautan berbahaya yang memuat turun perisian hasad, atau memberikan maklumat sensitif.
Persoalan sama ada seseorang boleh memulihkan mata wang kripto yang hilang adalah rumit dan mempunyai banyak lapisan. Walaupun sifat ternyahpusat dan bersamaran mata wang kripto memberikan tahap keselamatan dan privasi tertentu, ia juga menimbulkan cabaran apabila melibatkan usaha mendapatkan semula dana yang hilang.
Faktor seperti pengurusan kunci peribadi yang lemah, kata laluan yang terlupa dan kegiatan penipuan menyumbang kepada kesukaran untuk memulihkan kripto yang hilang.
Pelbagai kaedah dan alat wujud untuk membantu dalam proses pemulihan, termasuk perkhidmatan profesional, analisis forensik dan kemajuan teknologi. Namun, kejayaan memulihkan mata wang kripto yang hilang sangat bergantung pada keadaan individu, sifat kehilangan tersebut dan pendekatan yang digunakan.
Inti pati utamanya ialah memberi keutamaan kepada langkah keselamatan sejak awal bagi mengurangkan risiko kehilangan akses kepada aset kripto. Ini merangkumi melindungi kunci peribadi, menggunakan dompet yang selamat, mengaktifkan pengesahan berbilang faktor serta sentiasa mengikuti amalan terbaik dalam dunia kripto yang sentiasa berubah.
Dompet Kraken kini aktif 🗝️

Dompet Kraken ialah dompet bukan kustodian baharu di mana pengguna mengekalkan kawalan penuh dan eksklusif terhadap kunci peribadi mereka.
Perkhidmatan ini menyokong pelbagai rantaian blok dan ratusan aset mata wang kripto, termasuk NFT.
Ia dibina dari asas dengan mengambil kira privasi sebagai keutamaan. Tiada KYC, alamat e-mel atau maklumat pendaftaran disimpan oleh syarikat ketika anda menggunakan Dompet Kraken.
Semua kod juga sepenuhnya sumber terbuka, jadi sesiapa sahaja boleh menyemak perisian asas untuk diri mereka sendiri.