Kraken vs Crypto.com: perbandingan bursa kripto
Kraken menonjol dalam ruang kripto kerana tahap keselamatan dan ketelusan yang teratas dalam industri. Dengan rekod prestasi yang sempurna sejak ditubuhkan pada 2011, bursa ini dipercayai oleh jutaan pengguna untuk memenuhi semua keperluan aset digital mereka.
Crypto.com pula membina nama melalui platform berteras mudah alih dan pengalaman mesra pengguna, serta pendekatan pemasaran yang agresif.
Kedua-dua bursa menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan kripto, termasuk dompet mudah alih, penguncian serta dagangan spot/derivatif.
Kedua-dua bursa mempunyai kehadiran global, dengan Kraken tersedia di lebih 190 negara dan Crypto.com di 88 negara.
Tiada bursa yang sesuai untuk semua. Pengguna perlu mempertimbangkan kepelbagaian yuran, aset yang disokong, produk dan langkah keselamatan sebelum membuat keputusan termaklum.

Pengenalan kepada bursa kripto
Bursa lazimnya merupakan titik hubungan pertama bagi ramai pengguna dalam ruang kripto—tempat untuk mereka membeli BTC, ETH dan SOL untuk meneroka dunia DeFi, atau melakukan dagangan pertama mereka di pasaran spot dan derivatif. Kematangan industri dalam tempoh 15 tahun yang lalu menyunbang kepada kecenderungan platform ini untuk menampilkan rangkaian produk dan perkhidmatan yang canggih, yang direka untuk memenuhi keperluan pengguna kripto, melangkaui aspek perdagangan yang mudah.
Pilihan platform perdagangan pengguna berpotensi memberikan mereka pengalaman yang baik atau buruk. Pengguna mungkin sukar untuk mengetahui tempat untuk bermula apabila mempunyai terlalu banyak pilihan. Dalam artikel berikut, kami akan membandingkan dua bursa utama hari ini: Kraken dan Crypto.com.

Gambaran keseluruhan Kraken dan Crypto.com
Gambaran keseluruhan Kraken
Ditubuhkan di Amerika Syarikat pada 2011, Kraken dengan pantas membina reputasi sebagai salah satu jenama paling dipercayai dalam industri kripto—dikenali sebagai platform berkuasa dengan tahap keselamatan bertaraf institusi serta pematuhan kawal selia yang kukuh, tanpa menjejaskan pengalaman premium pengguna.
Dengan rangkaian produk yang terus berkembang, Kraken memenuhi keperluan pedagang baharu mahupun pengguna kripto berpengalaman. Daripada aplikasi mudah alih dan antara muka yang intuitif sehinggalah ke platform Kraken Pro yang lebih canggih, Kraken menyediakan ekosistem lengkap untuk membeli, menyimpan, menjana pendapatan dan berdagang aset kripto. Bagi melengkapkan penawaran aset digitalnya, Kraken turut membolehkan pengguna yang berpangkalan di AS melabur dalam lebih 11,000 saham dan ETF.
Terbukti, pelanggan memilih Kraken kerana tahap keselamatan dan ketelusan bertaraf dunia. Bursa ini mempelopori audit Bukti Simpanan sejak 2014, satu amalan yang membolehkan pengguna mengesahkan bahawa dana mereka benar-benar dipegang oleh bursa, melalui gabungan perakaunan kriptografi dan laporan pihak ketiga yang bereputasi baik.
Gambaran keseluruhan Crypto.com
Pada asalnya dilancarkan dengan nama Monaco pada 20163, platform dagangan Crypto.com yang mesra pengguna serta kempen pemasaran berskala besar menjadikannya nama yang dikenali ramai dalam kalangan pengguna kripto.
Crypto.com menawarkan dagangan spot dan derivatif, selain perkhidmatan penguncian, ciri pembayaran serta pasaran NFT kepada pangkalan pengguna yang dilaporkan seramai 150 juta orang. Walaupun mempunyai kehadiran global yang agak meluas, Crypto.com berada di belakang banyak bursa teratas dari segi ketersediaan, dengan hanya 88 buah negara disokong setakat penulisan ini4.
Kenapa klien memilih Kraken berbanding Crypto.com
Walaupun kedua-dua bursa ini dipandang tinggi dalam ekosistem kripto, kelebihan Kraken dari segi tempoh operasi masih tiada tandingan—dan syarikat ini membuktikan keupayaannya untuk bertahan dalam keadaan pasaran buruk apabila sebahagian pesaing lain gagal berbuat demikian.
Daya tahan ini dihargai oleh ramai klien, di samping reputasi Kraken sebagai pendukung kepada penerimagunaan kripto di peringkat global yang konsisten.
Produk dan ciri
Kraken dan Crypto.com masing-masing menawarkan pelbagai alat untuk dagangan, penguncian dan pembelajaran berkaitan kripto. Jadual di bawah menyorot perbandingan produk teras dan ciri utama yang ditawarkan oleh kedua-dua bursa.
Produk dan ciri Kraken
Kraken memenuhi keperluan semua gaya dan tahap perdagangan, dengan pengguna hanya beberapa klik sahaja daripada akses kepada produk spot, margin dan niaga hadapan. Sama ada melakukan dagangan pantas melalui aplikasi mudah alih atau melaksanakan strategi lanjutan menggunakan antara muka komputer meja, platform ini bertindak sebagai hab kripto sehenti untuk pengguna di seluruh dunia.
Malah, Kraken Pro merupakan alat pilihan bagi sebahagian pedagang paling sofistikated dalam industri, kerana fungsi carta yang terperinci, jenis pesanan yang kompleks serta fungsi pemmakluman yang boleh disesuaikan. Pada masa yang sama, meja OTC bertaraf institusi serta perkhidmatan Kraken Prime memenuhi keperluan pelbagai klien profesional.
Bagi pengguna kasual pula, bursa ini juga dilengkapi dengan fungsi yang mesra pengguna. Melalui penguncian, pelanggan boleh menjana pendapatan pasif sehingga 17% HPT ke atas pelbagai aset, sementara ciri seperti Purata Kos Dolar (DCA) membolehkan pendekatan 'tetapkan dan biarkan' untuk meningkatkan pendedahan kripto secara berperingkat (di samping mengurangkan kesan turun naik pasaran).

Produk dan ciri Crypto.com
Seperti Kraken, Crypto.com turut menawarkan rangkaian produk yang sesuai untuk pengguna baharu mahupun pengguna berpengalaman. Reka bentuk berteras mudah alih merendahkan halangan kemasukan untuk pendatang baharu, sementara ekosistem yang menarik membolehkan mereka mengakses kad pembayaran (fizikal dan digital), dompet bukan penjagaan, serta pelbagai produk bagi menjana pendapatan pasif daripada pegangan mereka. Untuk pengguna yang lebih canggih, pelbagai ciri dagangan disediakan bagi membolehkan mereka mengakses pasaran spot, margin dan derivatif dengan mudah.
Crypto.com merupakan peneraju di sebalik rantaian blok Cronos, sebuah blok rantai serasi EVM yang membolehkan pembangun melancarkan aplikasi terdesentralisasi dalam ekosistem Crypto.com, yang disambungkan secara lancar dengan dompet bursa tersebut. Aset natif Crypto.com, CRO, digunakan untuk membayar yuran transaksi dan boleh dikunci bagi membuka pelbagai manfaat kad pembayaran.
Kenapa klien memilih Kraken berbanding Crypto.com
Penawaran Kraken direka bentuk untuk memenuhi keperluan pedagang di setiap peringkat perjalanan mereka—sama ada yang baru bermula, mahupun mereka yang ingin meningkatkan keupayaan perdagangan ke tahap seterusnya melalui alat dagangan terkini atau akses API bagi strategi yang lebih sofistikated.
Pasaran kripto sememangnya tidak menentu, namun set alat pengurusan risiko Kraken serta kebolehgunaan bertaraf terbaik membolehkan pelbagai jenis pengguna kripto untuk turut serta dengan lebih yakin.
Aset yang disokong
Kepelbagaian mata wang kripto dan mata wang fiat yang disokong sering menjadi faktor penentu bagi ramai pengguna dalam memilih sesebuah platform. Kraken dan Crypto.com menyokong ratusan aset — berikut ialah perbandingan antara kedua-duanya.
Aset yang disokong Kraken
Kraken menawarkan sokongan meluas terhadap lebih 450 aset kripto, merangkumi mata wang kripto teras industri seperti Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH), selain stablecoin, memecoin serta token utiliti yang direka untuk memaksimumkan potensi yang ditawarkan DeFi dan permainan dalam rantaian. Sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap ketelusan, Kraken sentiasa memaklumkan pelanggan mengenai penyenaraian akan datang melalui pelan hala tuju awamnya.
Melengkapi sokongan aset kripto yang luas ini ialah peluasan terbaru Kraken ke dalam pasaran saham dan ETF. Kini, pengguna yang berpangkalan di AS boleh mempelbagaikan portfolio mereka dengan mudah melalui pelaburan dalam saham syarikat kegemaran—pengguna di beberapa bidang kuasa terpilih lain pula boleh berdagang versi token bagi aset yang sama.
Setakat penulisan ini, Kraken menyokong 10 mata wang fiat—membolehkan pengguna di seluruh dunia melakukan proses kemasukan dan pengeluaran kripto dengan lebih lancar.
Aset yang disokong Crypto.com
Crypto.com menyenaraikan sokongan untuk lebih 400 aset, yang turut merangkumi gabungan kripto yang sedia mampan, stablecoin dan memecoin. Crypto.com menyokong 9 mata wang fiat untuk akaun tunai, yang boleh digunakan bagi membeli atau menjual kripto, serta menambah nilai kad Visa mereka. Selain itu, Crypto.com juga menawarkan pilihan saham yang lebih kecil kepada pengguna dalam bidang kuasa tertentu.
Kenapa klien memilih Kraken berbanding Crypto.com
Klien menghargai pengalaman bersepadu yang ditawarkan oleh Kraken, yang bukan sahaja menyediakan rangkaian aset digital dan tradisional yang pelbagai, malah menggabungkan semuanya dalam satu platform intuitif yang boleh diakses melalui peranti mudah alih dan komputer meja.
Yuran dan harga
Kraken dan Coinbase menggunakan struktur yuran yang berbeza, yang boleh memberi kesan berlainan kepada pedagang kasual dan pedagang berfrekuensi tinggi. Carta di bawah memperincikan Kraken berbanding. Yuran Coinbase.
Yuran dan harga Kraken
Yuran dagangan asas Kraken bermula pada kadar yang rendah, iaitu 0.25% untuk pencipta dan 0.4% untuk pengambil. Pedagang dengan volum dagangan yang lebih tinggi serta kekerapan transaksi yang lebih besar di Kraken Pro akan menikmati penurunan yuran selari dengan peningkatan aktiviti. Lebih menarik lagi, langganan Kraken+ (hanya $4.99/bulan) boleh menghapuskan yuran dagangan sepenuhnya.
Kraken berbangga dengan dasar tanpa yuran tersembunyi. Banyak kaedah deposit kripto dan fiat adalah percuma, manakala kos pengeluaran dipaparkan dengan jelas sebelum transaksi disahkan, memastikan pengguna benar-benar maklum sebelum meneruskan transaksi.
Yuran dan harga Crypto.com
Seperti bursa lain yang mempunyai token sendiri, Crypto.com menawarkan diskaun yuran kepada pengguna yang memegang token CRO di platform tersebut. Tanpa pegangan CRO, yuran pencipta Crypto.com ialah 0.25% dan yuran pengambil 0.5%, yang akan berkurang mengikut volum dagangan.
Pelanggan Crypto.com menikmati deposit tanpa yuran untuk USD dan kebanyakan aset kripto, namun kaedah lain mungkin dikenakan kos tambahan.
Kenapa klien memilih Kraken berbanding Crypto.com
Yuran dagangan asas Kraken adalah lebih rendah berbanding Crypto.com, menjadikan Kraken lebih menarik untuk pedagang baharu—dan Kraken tidak memerlukan mekanisme yang rumit (serta berpotensi berisiko) seperti memegang token natif semata-mata untuk mengurangkan yuran.
Yuran yang dikutip oleh Kraken digunakan bagi membiayai pembangunan platform, memperkukuh keselamatan serta menyediakan sokongan pelanggan bertaraf dunia—agar pengguna yakin bahawa yuran tersebut menambah baik pengalaman mereka sendiri secara langsung.
Keselamatan dan jagaan
Keselamatan merupakan keutamaan utama bagi mana-mana bursa kripto. Kraken dan Coinbase masing-masing melaksanakan perlindungan berlapis serta menjalani audit pihak ketiga, namun sejarah dan amalan keselamatan mereka berbeza dalam beberapa aspek utama. Berikut ialah perbandingan rangka kerja keselamatan Kraken dan Coinbase.
Keselamatan dan jagaan Kraken
Kraken sering digambarkan sebagai sebuah organisasi yang mengutamakan keselamatan, yang kebetulan mengendalikan sebuah bursa kripto. Kraken terus menjadi perintis dalam aspek keselamatan kripto, dan sejak penubuhannya pada tahun 2011, tiada satu pun dompet jagaan yang diuruskan oleh Kraken pernah dicerobohi
Reputasi cemerlang Kraken dalam hal ini disokong oleh audit Bukti Simpanan yang telus, yang dilakukan sejak 2014 bagi memberikan keyakinan penuh kepada pelanggan terhadap aset yang dipegang oleh bursa tersebut.
Selain itu, pengguna turut dilindungi oleh sistem keselamatan berlapis yang menyeluruh, termasuk pengesahan 2 faktor, komunikasi yang disulitkan dengan PGP, senarai putih alamat pengeluaran, tetapan kunci induk serta pengesanan ancaman masa nyata. Kraken memiliki beberapa pensijilan keselamatan, termasuk pematuhan audit ISO/IEC 27001:2013 dan SOC 2 Type 2, serta mengendalikan program ganjaran pepijat bagi menggalakkan penyelidik keselamatan mengenal pasti kelemahan sebelum ia dieksploitasi.

Keselamatan dan jagaan Crypto.com
Crypto.com juga memiliki pelbagai pensijilan dan pendekatan keselamatan yang hampir serupa dengan Kraken, termasuk pengesahan berbilang faktor, senarai putih pengeluaran serta program Bukti Simpanan tersendiri (kali terakhir dikemas kini pada Disember 2022). Namun demikian, Crypto.com pernah menjadi mangsa pencerobohan pada 2022, apabila kaedah 2FA berjaya dipintas dalam kejadian kecurian bernilai sekitar $15 juta13.
Kenapa klien memilih Kraken berbanding Crypto.com
Aspek keselamatan sememangnya teras DNA Kraken—dan rekod prestasi tanpa cela selama lebih 14 tahun membuktikan komitmen tersebut. Melindungi dana dan maklumat pelanggan kekal sebagai keutamaan tertinggi syarikat, sekali gus memberikan ketenangan fikiran bahawa aset mereka kekal selamat walaupun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.
Sokongan pelanggan
Sokongan pelanggan yang boleh dipercayai mampu memberikan perbezaan besar kepada pengguna, terutamanya ketika dagangan berisiko tinggi atau berdepan isu akaun. Kedua-dua Kraken dan Crypto.com menawarkan sokongan pelanggan 24/7, namun saluran perkhidmatan serta pengiktirafan dalam aspek ini adalah berbeza.
Sokongan pelanggan Kraken
Kraken dikenali dengan sistem sokongan pelanggan yang responsif dan berfokuskan manusia, dengan pelbagai saluran yang disesuaikan mengikut keperluan pengguna. Sokongan sembang langsung 24/7, e-mel dan juga sokongan telefon disediakan dalam lebih 12 bahasa bagi memastikan pelanggan mendapat bantuan yang diperlukan, pada waktu yang diperlukan.
Kraken menerima pengiktirafan selama dua tahun berturut-turut di European Customer Centricity Awards kerana inisiatif sokongan pelanggan yang cemerlang.
Sokongan Crypto.com
Crypto.com menawarkan sembang 24/7 (dibantu oleh chatbot AI) dan sokongan e-mel.
Kenapa klien memilih Kraken berbanding Coinbase
Kraken menyerlah sebagai antara bursa yang menawarkan sokongan telefon, kerana ia mengiktiraf kepentingan sentuhan empati manusia, (terutamanya dalam situasi yang berpotensi menimbulkan tekanan). Terbukti, pasukan Kraken dipuji atas keupayaan mereka menyelesaikan sebarang isu pelanggan dengan pantas dan profesional.
Kraken vs Crypto.com: apakah kesimpulannya?
Kraken dan Crypto.com diiktiraf secara meluas sebagai dua bursa kripto utama yang wujud pada hari ini. Kedua-dua bursa mempunyai jutaan pengguna di pelbagai peringkat perjalanan pelaburan, dengan rangkaian produk yang komprehensif untuk mereka yang ingin berdagang, melakukan transaksi dan berinteraksi dalam ekosistem kripto yang semakin berkembang.
Kedua-dua bursa juga proaktif dalam mematuhi peraturan global yang sentiasa berubah. Namun demikian, Crypto.com agak terhad dari segi jumlah negara yang boleh menerima perkhidmatannya (dianggarkan sekitar 88 negara berbanding lebih 190 negara bagi Kraken). Walaupun begitu, bursa tersebut diiktiraf kerana reka bentuk moden berteras mudah alih yang menjadikannya mesra kepada pengguna baharu.
Kraken sesuai untuk individu dan institusi yang paling mengutamakan aspek keselamatan. Hal ini tidak bermakna ia lemah dalam aspek lain: struktur yuran yang telus dan boleh dijangka, sokongan aset yang luas, alat dagangan lanjutan serta antara muka bersepadu menjadikan Kraken pintu masuk pilihan ke dunia kripto bagi jutaan pengguna di seluruh dunia.
Sekatan geografi dikenakan. Unjuran kadar tahunan ialah anggaran berdasarkan purata ganjaran penguncian berakru sepanjang tempoh lepas, sebelum komisen dan adalah tertakluk pada perubahan. Penguncian melibatkan risiko, termasuk tiada jaminan ganjaran, potensi kerugian akibat potongan atau penggodaman, malah susut nilai dalam nilai aset semasa penguncian. Sila rujuk Terma Perkhidmatan
Perdagangan derivatif dan instrumen kewangan lain, termasuk instrumen kewangan berleveraj, melibatkan risiko yang besar dan tidak sesuai untuk semua pelabur. Lihat Pendedahan Risiko kami untuk mengetahui lebih lanjut.
Ketersediaan perkhidmatan perdagangan margin tertakluk pada had dan kriteria kelayakan tertentu. Berdagang menggunakan margin melibatkan elemen risiko dan mungkin tidak sesuai untuk semua orang. Baca Pernyataan Pendedahan Margin Kraken untuk mengetahui lebih lanjut.
Hanya tersedia di A.S. pada masa ini; mungkin tidak tersedia di semua negeri. Perkhidmatan pembrokeran disediakan oleh Kraken Securities LLC, ahli FINRA/SIPC. Sila lihat profil, pendaftaran dan latar belakang firma bagi wakil berdaftar kami di https://brokercheck.finra.org/. Perkhidmatan aset digital yang ditawarkan oleh Payward Interactive Inc., (NMLS ID:1843762), perniagaan perkhidmatan kewangan berdaftar FINCEN, bukan ahli FINRA/SIPC dan tidak diinsuranskan oleh FDIC. Ini bukanlah tawaran, pelawaan, dorongan atau nasihat untuk membeli atau menjual sekuriti, atau membuka akaun broker di mana-mana bidang kuasa di lokasi Kraken Securities tidak berdaftar. Semua perdagangan melibatkan risiko, termasuk kerugian pelaburan anda. Lihat pendedahan penuh di: Pendedahan Ekuiti dan Pendedahan Risiko Kripto.
xStocks diterbitkan oleh Backed Assets (JE) Limited (satu syarikat sendirian berhad Jersey) dan ditawarkan kepada pelanggan Kraken berkelayakan melalui Payward Digital Solutions Ltd. (“PDSL”), satu syarikat dilesenkan untuk menjalankan perniagaan aset digital oleh Pihak Berkuasa Kewangan Bermuda. xStocks tidak dan tidak akan berdaftar dengan mana-mana pengawal selia sekuriti tempatan. PDSL (Kraken) tidak menyediakan nasihat dan/atau cadangan pelaburan, dan, tiada komunikasi, melalui sebarang Aplikasi atau laman web Kraken atau sebaliknya, harus ditafsirkan sedemikian. Pelabur individu harus membuat keputusan sendiri atau mendapatkan nasihat bebas profesional jika mereka tidak pasti tentang kesesuaian sebarang pelaburan untuk keadaan atau keperluan mereka, termasuk kemungkinan layanan cukai. Melabur dalam xStocks melibatkan elemen risiko. Nilai sesuatu pelaburan boleh turun atau naik, dan prestasi lampau bukan penunjuk hasil niaga hadapan boleh percaya. Tidak tersedia di A.S. atau untuk warga A.S. Sekatan geo terpakai. Baca Pendedahan Risiko xStocks Kraken di kraken.com/legal/xstocks serta Prospektus Asas dan Terma Akhir berkaitan untuk xStocks di https://assets.backed.fi/legal-documentation untuk mengetahui lebih lanjut.
xStocks disediakan oleh Payward Europe Digital Solutions (CY) Limited (“PEDSL”), dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Cyprus (CySEC), no. lesen 342/17. PEDSL tidak memberikan nasihat pelaburan dan tidak berkait dengan penerbit xStocks, iaitu Backed Assets (JE) Limited. Perdagangan xStocks melibatkan risiko tinggi dan tidak sesuai untuk semua pelabur. Nilai pelaburan anda mungkin turun atau naik. Baca Dokumentasi Tawaran dan Pendedahan Risiko untuk xStocks yang boleh didapati di eu.kraken.com.

